بسم الله الرحمن الرحيم

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t" ucaplah بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat

Isnin, 24 September 2012

DOA DAN JAMPI SYIFA

 

Sekadar ingin berkongsi
Untuk N3 kali ini, saya sekadar ingin berkongsi dgn kalian bahan bacaan yg sedang saya baca. 

TERBITAN YAMANI ANGLE SDN BHD 


Tentu kalian terfikir kenapa buku ini menjadi pilihan saya... Allah SWT berfirman : “DAN KAMI TURUNKAN DARIPADA AL-QURAN SUATU YANG MENJADI PENAWAR DAN RAHMAT BAGI ORANG YANG BERIMAN” al-isra ayat 82. 

Setiap penyakit ada penawarnya,semuanya telah tertulis didalam Al-Quran. Bukan bomoh yg perlu dicari atau bergantung harap. Mintalah dengan Allah SWT dgn berdoa dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran. 

Tiada kerugian jika menghabiskan RM3.00 untuk memiliki buku yg cukup berilmu dan bermanfaat pada kita dan juga keluarga kita.

 Antara doa yg terkandung dalam buku ini : DOA PENYAKIT BATU KARANG, DOA SAKIT GIGI, DOA PENYAKIT INSOMNIA dsb....
 

 
 

Ahad, 23 September 2012

SENYUMAN ITU SEDEKAH

 

>senyum<


            SENYUM ITU SEDEKAH
 



Kalian nak tak dapat pahala dgn cara yg mudah? Mesti la nak kan...senang jer, kita cuma perlu senyum. Islam mengatakan “senyuman itu satu sedekah” tak perlu mengeluarkan wang ringgit, hanya dgn senyuman kita dah pun bersedekah dan dapat pahala. Bukankah dgn senyuman itu kita dpt menggembirakan hati kita dan juga orang lain. Apa perasaan kalian, bila berjumpa dgn kawan kalian,muka beliau masam mencuka? Dan apa pula kalian akan rasa bila bertemu dgn kawan dan beliau melemparkan senyuman pada kalian? 2 keadaan yg berbeza bukan...jadi tak salah untuk kita senyum. Dengan senyuman juga,kita dpt positifkan diri kita. Dengan senyuman kita dpt menjauhkan masalah. Dengan senyuman juga kita dpt ramai kawan. 

saya ingin berkongsi pengalaman dgn kalian, 

“saya selalu terserempak dgn seseorang yg dikenali,dan saya akan senyum..tapi, org itu tidak membalas dgn senyuman tetapi dgn muka yg masam. Bukan sekali, tetapi beberapa kali sy melalui keadaan begini. Org sekeliling mengatakan, ohhh...dia ikut mood kalau nak senyum. Terdetik dihati saya, apa perasaan beliau, kalau beliau senyum pada kawan beliau tetapi kawan beliau membalasnya dgn muka yg masam mencuka?” nak sedekah pun kena ikut mood jgk ke???” 

 Ini pendapat dan pengalaman yg saya lalui. If kalian juga melalui pengalaman yg sama or nak bg pendapat,jom share bersama saya dan kawan2 yg lain. Boleh komen di blog saya or fb saya.  

TETAPI!!!! SENYUMAN ITU BIARLAH IKHLAS DARI HATI!!! WALLAHUALAM. 

Yg baik itu dari ALLAH SWT dan yg buruk itu dari diri saya sendiri.apa yg tertulis sekadar ingin berkongsi.