^ 4 – 3 = 1 mengisahkan seorang wanita bernama Ichigo Amano, yang bekerja disebuah syarikat architecture, walaupun bapanya seorang yang berpangkat dan mempunyai empayar perniagaan sendiri, Ichigo tidak mahu menumpang kesenangan bapanya. Bagi Ichigo biarlah dia bermula dari bawah. Belum sampai masanya untuk dia menerajui perniagaan bapanya.
Berusia 29 tahun telah cukup mematangkan diri Ichigo. Sematang usianya itulah, ibu dan bapa Ichigo mula bertanyakan soal perkahwinan. Ichigo berkawan dengan 4 orang jejaka. Kashino, Hanabusa, Andoh dan Henri. Ini tak bermaksud atau menunjukkan Ichigo seorang “ Playgirl”, tetapi sikap ramahnya dan mudah berkawan membuatkan hati 4 jejaka ini terpikat padanya. Kashino seorang lelaki sangat gentleman, dikenali dari zaman sekolah lagi, sentiasa bersama Ichigo susah atau senang, walaupun selalu bertengkar. Hanabusa pula seorang yang romantik dikenali ketika mengendalikan projek di Paris. Andoh terkenal dengan sikap pendiam dan gentleman,merupakan orang kanan dan orang kepercayaan Ichigo dalam menguruskan kerja. Henri pula seorang yang serius dalam apa jua keadaan, merupakan lelaki pilihan kedua ibu bapa Ichigo.
4 jejaka, 4 percintaan, 4 dugaan, namun hanya 1 yang bakal menjadi raja dihati Ichigo. Siapakah pilihan Ichigo Amano? Kashino? Hanabusa? Andoh? atau Henri?
*nak tau kisah selanjutnya??? tungguuuuu...nex N3 k ;)
waaaa~~ excited XD
BalasPadamsambung cepat kak anis :D
Ichigo~~
hahahhahaaaa!!!!! tomorow will b nex episode k dear :) promote skit blog k.nis hehee
BalasPadam