بسم الله الرحمن الرحيم

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t" ucaplah بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat

Isnin, 25 April 2011

"Manusia Patut Menjadi Tuan Kepada Jam dan Harinya, Bukan Sebagai Hamba Sahaya"
-William Mcfee-

RUTIN WAJIB

Jam6 pagi...kebanyakan dari kita semua sudah pun membuka mata mengucap SYUKUR pada penciptaNya kerana masih diberi izin untuk meneruskan hidup sebagai Khalifah Mu Ya Allah.
Inilah Rutin yang Wajib dilakukan oleh setiap dari kita, mempersiapkan diri untuk mengadap Illahi membersihkan jiwa dari dosa & noda, memohon petunjuk di beri keberkatan dalam meneruskan kehidupan & pekerjaan harian.

PROGRAM MINDA / CUCI MINDA

"Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati 'Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.' Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya."
Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur. -dipetik dari artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Ada sesetengah daripada kita suka berangan sebelum tidur, ada yang mendengar mp3, ada yang membaca novel supaya mata senang nak lelap. Mungkin ini menjadi asbab diri kita menjadi lesu, berfikiran negatif, tidak bersemangat untuk melakukan pekerjaan harian. Inilah yang dikatakan kehidupan. Mungkin bermula dari hari ini, kita boleh amalkan apa yang dikongsi oleh Dr Fadzilah Kamsah. InsyaAllah dengan izinNya jua.

MASA

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Dalam Kerugian"
Surah al-Asr