بسم الله الرحمن الرحيم

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t" ucaplah بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat

Rabu, 27 April 2011

TIPS SEBELUM TIDUR

Dah nak tidur ke sahabat-sahabat ku??? Sebelum lelapkan mata tu apa kata kita cuba tips daripada Dr. Fadzilah Kamsah

"maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya."

SEGALA ASPEK KEHIDUPAN INI BERMULA DARIPADA HATI.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang  sungguh
berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –  Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita
dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi.  Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah”
sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf  perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik,
kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
“Aku sebenarnya…… (perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”.
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

INDAHNYA PERSAHABATAN

Assalamualaikum…
Hidup kita sentiasa dikelilingi oleh kawan atau sahabat. Pastinya setiap dari kita mempunyai kawan karib, sahabat setia, or best friend forever. Ada yang bertanya,apa beza antara Sahabat dan Kawan? Pada saya, Kawan dan Sahabat satu benda yang berbeza. Kawan memang mudah untuk kita temui, tapi Sahabat cukup susah untuk ketemu…1 dalam Seribu pun belum pasti kita jumpa. Kenapa??? Sahabat akan sentiasa bersama dengan kita tak kira kita susah atau senang. Sahabat tetap akan memberi semangat pada kita untuk meneruskan kehidupan. Tetapi, kawan hanya akan hadir bila kita senang dan bila mereka rasa kita dah tak diperlukan pasti kita akan ditinggalkan. Bagi saya, janganlah mudah menggangap kawan yang dikeliling kita itu adalah sahabat. Ambil masa untuk mengenali isi hati mereka. Saya berdoa, supaya saya dianggap sahabat oleh sahabat saya dan moga saya akan sentiasa bersama sahabat saya walau susah atau senang.
Namun begitu, hari ini saya cukup gembira kerana saya dah pun kembali berhubung ‘contact’ dengan kawan yang boleh saya panggil sahabat yang dah lama menyepi. Alhamdulillah…walaupun hanya berhubung melalui telefon kami masih seperti dulu. Tidak segan walaupun dah lama tak berhubung.  Saya berdoa moga kami akan kembali seperti dulu. InsyaAllah!!! Orang tua berpesan, buang yang keruh ambil yang jernih.  “Bak Usia Yang Berubah, Manusia Pun Perlu Berubah-Ida Munira”. Sampai bila mahu bermusuhan??? Kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Ingatlah persahabatan yang terjalin cukup indah.
“Mengeratkan Hubungan Sesama Manusia Seperti Membahagiakan Keluarga  Sendiri-Ida Munira”


*sekadar ingin berkongsi ;)


SEBAIK – BAIK KAWAN ADALAH ORANG YANG
MEMERHATIKAN KEPENTINGANMU , BUKAN KERANA
KEPENTINGAN YANG DIHARAPKAN DARIPADAMU UNTUK
DIRINYA .

Sebaik-baik Sahabat Itu Ialah Orang Yang Tidak Pernah Berubah Kebaikannya, Meskipun Zaman Terus Berubah.