بسم الله الرحمن الرحيم

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t" ucaplah بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat

Rabu, 28 Mac 2012

4-3=1 (episod 2)

 

Hujan yang lebat bukan sahaja menyejukkan badan malah membuatkan hati Ichigo berdebar-debar, tatkala melihat seorang lelaki sedang berdiri teguh dihadapannya sambil mengukir senyuman dibibir. “hensem nya mamat ni!!!” bisik hati Ichigo. Tinggi lampai, berkulit kuning langsat ditambah dengan senyuman yang manis telah cukup mencerminkan ciri-ciri lelaki gilaan ramai gadis. “Hai....Ichigo, still remember me?” sapaan lelaki itu menyentap  Ichigo dari lamunan. Mata Ichigo terpaku, lidah kelu tanpa sepatah bicara pabila terpandang lelaki dihadapannya. Tidak terbalas sapaan lelaki itu, hanya senyuman yang mampu diberikan oleh Ichigo. Kenangan lama terus berputar didalam kotak fikiran Ichigo, pelbagai soalan silih berganti terlalu banyak yang ingin diajukan, “Inilah kali pertama aku melihat wajah lelaki yang sudah sekian lama hilang dari kamus hidup aku” “apakah betul apa yang aku sangka?” “Kashino ke ni?” “tapi kenapa dia datang cari aku?” “ape dia nak?” kotak fikiran Ichigo penuh dengan teka-teki yang mahukan jawapan. “argghhhhh!!!! Kenapa dengan aku ni??!!!!” dengus hati Ichigo. Setelah beberapa minit bilik yang dihiasi dengan bunga-bungaan ros pink kembali hidup “hai..is it you Kashino?” Ichigo melontarkan soalan pertama daripada beribu-ribu soalan. Kashino terus mengukir senyuman dan merenung wajah Ichigo tanpa memberikan jawapan kepada soalan itu. Hati Kashino berbisik “you still cute Ichigo, masih seperti dulu...” Pipi Ichigo merah menahan malu. “Ichigo,ni i la Kashino...tak kan dah lupa kawan lama kot” gurau Kashino. Betullah sangkaan Ichigo, “Kashino”.  Lelaki yang sentiasa bersama Ichigo tidak kira susah atau senang. “hey...what are you doing here? How you find my office? Macam mana you tau i keje  kat sini?” “wait...before i jawab soalan-soalan you tu. Boleh tak i nak duduk? Lenguh la diri lama-lama”. “sori...i lupa”. Riuh-rendah bilik Ichigo dengan gelak ketawa mereka berdua. Ichigo dan Kashino memang suka menyakat satu sama lain. Sedang mereka rancak berbual, pintu bilik Ichigo diketuk. Ichigo tergamam tatkala melihat wajah dibalik pintu itu... (siapakah yang mengganggu perbualan Ichigo yang mampu membuatkan Ichigo tergamam?) 

nak tau sape org yg mengganggu perbualan mereka???? tungguuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!