بسم الله الرحمن الرحيم

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t" ucaplah بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat

Ahad, 22 Mei 2011

TEMPAHAN MANIK

Assalamualaikum wbt....dah lama tak update blog nie,bukan ape sibuk siapkan tempahan manik...maklumlah cuti sekolah akan bermula jadi kenduri kendara pun bermula la juga ;) baju kalau tak bermanik,macam tak de seri jerk...hihiiii. Ni lah antara,jahitan manik daripada B.I.C.

Ni untuk Customer dari Terengganu....nak pakai tuk majlis nikah adik beliau.
 

Bunga
Corak kat lengan baju


Corak pada Lengan & Leher



Rabu, 11 Mei 2011

SANTAPAN ROHANI SEBELUM TIDUR

Daripada Aisyah r.a. katanya "Nabi SAW berbaring ditempat tidurnya pada setiap malam, Baginda mengangkat kedua tangannya seperti berdoa, lalu meniup dan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepala dan muka dan bahagian depan daripada badannya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (At Tirmizi)

Selain daripada itu Baginda juga melakukan Solat Witir, bagi mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

 

TRIPLE 'A' BAKERY -CHOC-

Selain produk dari Busana Ilham Collections...diblog INILAH KEHIDUPAN juga terdapat produk dari Triple 'A' Bakery, yang mana sedia menerima tempahan CHOCOLATE. Semua tempahan untuk Busana Ilham Collections dan juga Triple 'A' Bakery boleh la dibuat melalui FACEBOOK atau TWITTER saya, just search Arenis Cutez

lollipop
lollipop sebelum packing





-admin INILAH KEHIDUPAN

KENANGAN.....

Saat aku merenung ikan-ikan yang sedang asyik berenang...tiba-tiba fikiran aku melayang teringat kan kenangan lama. Hati aku terdetik dan berbisik...kenapa semua ni jadi pada diri aku??? Apa salah aku??? Aku cuba untuk lenyapkan kenangan itu dari hidup aku, tapi aku tak mampu!!! Kenangan itu cukup kuat bertaut dengan kehidupan aku...YA ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk aku lupakan kenangan itu. Kekuatan untuk aku teruskan hidup. Kenangan......kenapa kau selalu hadir dalam hidupku tanpa diundang???

AKTIVITI SEBELUM SAMPAI KE DESTINASI YANG D TUJU

Saya ni memang tak leh duk diam...mulut mesti nak menguyah jer. Tapi badan tetap maintain even kuat makan heheee....sebab tu la kalau nak berjalan ke mana-mana, bekal mesti penuh kat dalam kete. Bukan ape, boleh teman driver borak-borak takut nanti driver mengantuk lak ;)

sempat lagi posing sambil makan ubi goreng hehe 

ni la rupa ubi goreng ;) 

ni lak air nyor @ air kelapa..panas2 ni, ni la y dicari ;)

Selasa, 10 Mei 2011

BUSANA ILHAM COLLECTIONS -MANIK-

BIC -MANIK 1-



KOLEKSI MANIK DARI BUSANA ILHAM COLLECTIONS. untuk tempahan pls PM my inbox @FB

BIC - MANIK II-

Jumaat, 6 Mei 2011

MULIANYA INSAN BERNAMA IBU

Mei datang lagi, bulan meraikan IBU-IBU diseluruh dunia....sempena HARI IBU ini ingin aku berkongsi sedikit tentang mulianya insan yang bergelar IBU:-

- 9bulan mengandungkan, keperitan yang cukup dirasa....membawa anak didalam perut kesana kemari tanpa sebarang rungutan
- Terdapat 3perkara yang hanya dimiliki oleh insan yang bernama IBU... mengandungkan, melahirkan, menyusukan.
- Syurga terletak dibawah telapak kaki IBU.
- Berbaktilah & bahagiakanlah IBU mu, seolah-olah kamu berjihad di jalan ALLAH.
- Barangsiapa yang menggores hati IBU, mereka akan mendapat balasan segera didunia.
- Antara dosa besar :- derhaka kepada IBU dan Ayah.

Lihatlah.....betapa mulianya insan yang bergelar IBU. Kita yang bergelar anak dan masih mempunyai IBU, sayangi dan hargailah IBU anda.....kerana IBU telah banyak berkorban masa, berkorban tenaga, berkorban nyawa, untuk membesarkan kita semua. 

MENGANDUNG, MELAHIRKAN, MENYUSUKAN,
CUKUP BESAR PENGORBANANMU,
BULAN MEI BULAN MERAIKAN,
SELAMAT HARI IBU KU UCAP PADAMU.
PUAN SABARIAH


Buat PUAN SABARIAH BINTI ABDULLAH......SELAMAT HARI IBU anakanda ucapkan. IBU....engkaulah ratu hati kami!!! Tidak sanggup kami melihat air mata mu menitis walau sebesar zarah. Janji kami padamu....kami akan membahagiakan mu, kerna kami tahu betapa susahnya IBU membesarkan kami semua. 9bulan didalam kandungan, tiada sepatah pun rungutan darimu...tidak pernah mengeluh ketika melahirkan kami...dan tidak pernah menyesal dalam membesarkan kami. Sesungguhnya, keperitan dan pengorbananmu tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Kami sentiasa berdoa, moga IBU sentiasa berada dibawah LindunganNYA, KeberkatanNYA, dan KeredhaanNYA dunia dan akhirat. Dan moga IBU sentiasa bahagia disisi suami tercinta ENCIK HUSSEIN BIN MOHAMED. we love u forever and ever...MOM!!!!

Kepada yang bergelar anak...hargailah IBU anda selagi mereka masih bernyawa. Ingatlah tanpa IBU tiada kita didunia ini.



*admin INILAH KEHIDUPAN

SANTAI PETANG

Haiiiii...nak tau ape aktiviti saya & the geng after office hour??? hermmmmm.........ini lah dia aktivitinya. Bersantai di Restoran Padi sambil menikmati PULUT MANGGA, kalau orang kelantan di panggilnya PULUT PAUH. Sodap babe!!!! Cukup lemak dan cukup manisnya...ditambah lak dengan MANGGA yang cukup manis...ermmmmm thanx to CHEF Restoran Padi, PULUT MANGGA anda memang terbaiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!

PULUT PAUH @RESTORAN PADI

Khamis, 5 Mei 2011

Rabu, 4 Mei 2011

APA ITU CINTA SEJATI????

Ramai yang berkata tentang CINTA SEJATI.....
Ramai yang ingin mendapatkannya.....
Tapi apakah kita semua tahu apa itu CINTA SEJATI???
Jom share pendapat anda tentang apa itu CINTA SEJATI....

wif Eisya Zulaikha

Selasa, 3 Mei 2011

ALHAMDULILLAH!!!!

Hidup Ini Bagaikan Roda.....
SekejapDiatas, Sekajap Dibawah. 
Sekejap Kita Bahagia, Sekejap Kita Berduka. 
Sekejap Kita Punya Ramai Kawan, Sekejap Kita Punya Ramai Musuh. 
Sekejap Kita Memuji, Sekejap Kita Membenci.

 Apa yang penting adalah diri kita sendiri...banyakkanlah muhasabah diri agar kita sentiasa sedar dimana kita berpijak. Jangan terlalu bongkak dengan kekayaan & kejayaan yang diperoleh. Jangan terlalu bangga dengan kecantikan yang kita milki. Jangan pula kita tertawakan orang lain bila mereka mengalami kejatuhan atau masalah. Ingatlah, kejayaan, kekayaan, kecantikan semuanya adalah sementara. Pasti akan diambil semula oleh Yang Maha Esa. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jangan tunggu terhantuk baru kita nak sedar.

Ringankanlah bibir dengan menyebut "ALHAMDULILLAH

KOLEKSI TERBARU DARIPADA BUSANA ILHAM

Assalamualaikum....Salam Petang semua ;)... Kali ni, apa kata kita cuci mata dengan melihat koleksi terbaru daripada BUSANA ILHAM COLLECTIONS, baju kurung Viskos Cotton dan English Cotton...terdapat dalam pelbagai saiz 'XS' 'S' 'M' 'L'...dengan harga yang cukup berpatutan.




-BUSANA ILHAM COLLECTIONS-

SAIZ 'M' - ENGLISH COTTON  - RM50.00

SAIZ 'L' - ENGLISH COTTON  - RM50.00

SAIZ 'L' - ENGLISH COTTON  - RM50.00
SAIZ 'L' - ENGLISH COTTON  - RM50.00
SAIZ 'L' - ENGLISH COTTON  - RM50.00
SAIZ 'L' - VISKOS COTTON  - RM55.00

SAIZ 'L' - VISKOS COTTON  - RM55.00

SAIZ 'L' - VISKOS COTTON  - RM55.00 
SAIZ 'L' - VISKOS COTTON  - RM55.00
 
  
   

*boleh PM saya @fb or @twitter untuk tempahan

Isnin, 2 Mei 2011

Ayat Kursi Yang Dibaca Setiap Hari Selepas Solat

In the name of Allah,
The beneficent, The merciful, Allah..there is no God but He, 
The Living, The Self-Subsisting, The Eternal. 
No slumber can seize Him, nor sleep. 
All things in Heaven and Earth are His. 
Who could intercede in His presence without his permission? 
He knows what appears in front of and behind His creatures. 
Nor can they encompass any knowledge of Him except what He wills. 
His throne extends over the Heaven and the Earth, 
And He feels no fatigue in guarding and preserving them, 
For He is the highest and most exalted  "al-baqarah-ayat 255"

Assalamualaikum w.b.t....

Dah 4hari tiada catatan di blog Inilah Kehidupan...maklum la sibuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga tersayang, ni baru ada kesempatan. Sebelum terlambat, saya nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua yang bekerja tak kira Government ke Swasta ke Persendirian ke, termasuklah diri saya sendiri. Semoga kita semua akan bekerja dengan azam yang baru dan InsyaAllah pekerjaan kita mendapat keredhaan daripadaNya. Amin....

Jangan asyik main game jer kat ofis...bos ingatkan mengadap komputer buat kerja,rupa-rupanya tengah syok main game..hermmmm harap-harap setelah menyambut hari pekerja 2011 ni tak de la lagi yang mengadap game time kerja. Kalau time tea break or lunch hour tak pe la. Boleh dipertimbangkan. Oooppppssss saya tak tuju pada sesiapa,,cuma mengingatkan pada diri saya sendiri,kalau ada yang terasa or tercuit saya minta maaf...tiada maksud ingin menyinggung perasaan mana-mana pihak.

*renung-renungkan dan selamat beramal