بسم الله الرحمن الرحيم

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t" ucaplah بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat

Rabu, 27 April 2011

TIPS SEBELUM TIDUR

Dah nak tidur ke sahabat-sahabat ku??? Sebelum lelapkan mata tu apa kata kita cuba tips daripada Dr. Fadzilah Kamsah

"maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya."

SEGALA ASPEK KEHIDUPAN INI BERMULA DARIPADA HATI.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang  sungguh
berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –  Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita
dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi.  Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah”
sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf  perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik,
kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
“Aku sebenarnya…… (perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”.
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

INDAHNYA PERSAHABATAN

Assalamualaikum…
Hidup kita sentiasa dikelilingi oleh kawan atau sahabat. Pastinya setiap dari kita mempunyai kawan karib, sahabat setia, or best friend forever. Ada yang bertanya,apa beza antara Sahabat dan Kawan? Pada saya, Kawan dan Sahabat satu benda yang berbeza. Kawan memang mudah untuk kita temui, tapi Sahabat cukup susah untuk ketemu…1 dalam Seribu pun belum pasti kita jumpa. Kenapa??? Sahabat akan sentiasa bersama dengan kita tak kira kita susah atau senang. Sahabat tetap akan memberi semangat pada kita untuk meneruskan kehidupan. Tetapi, kawan hanya akan hadir bila kita senang dan bila mereka rasa kita dah tak diperlukan pasti kita akan ditinggalkan. Bagi saya, janganlah mudah menggangap kawan yang dikeliling kita itu adalah sahabat. Ambil masa untuk mengenali isi hati mereka. Saya berdoa, supaya saya dianggap sahabat oleh sahabat saya dan moga saya akan sentiasa bersama sahabat saya walau susah atau senang.
Namun begitu, hari ini saya cukup gembira kerana saya dah pun kembali berhubung ‘contact’ dengan kawan yang boleh saya panggil sahabat yang dah lama menyepi. Alhamdulillah…walaupun hanya berhubung melalui telefon kami masih seperti dulu. Tidak segan walaupun dah lama tak berhubung.  Saya berdoa moga kami akan kembali seperti dulu. InsyaAllah!!! Orang tua berpesan, buang yang keruh ambil yang jernih.  “Bak Usia Yang Berubah, Manusia Pun Perlu Berubah-Ida Munira”. Sampai bila mahu bermusuhan??? Kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Ingatlah persahabatan yang terjalin cukup indah.
“Mengeratkan Hubungan Sesama Manusia Seperti Membahagiakan Keluarga  Sendiri-Ida Munira”


*sekadar ingin berkongsi ;)


SEBAIK – BAIK KAWAN ADALAH ORANG YANG
MEMERHATIKAN KEPENTINGANMU , BUKAN KERANA
KEPENTINGAN YANG DIHARAPKAN DARIPADAMU UNTUK
DIRINYA .

Sebaik-baik Sahabat Itu Ialah Orang Yang Tidak Pernah Berubah Kebaikannya, Meskipun Zaman Terus Berubah.

 

Selasa, 26 April 2011

Sekadar Ingin Berkongsi ;)

Bersama Miss Haruno Hana penulis Novel Lovin' You



*My cousin n my nieces


HIDUP TAK PERNAH CUKUP.

Dalam diri kita pasti akan terdetik “cukup ke apa yang aku dah miliki sekarang???”  Setiap dari kita memiliki pekerjaan, samaada Sektor Kerajaan atau Sektor Swasta atau Part Time Job…'termasuk saya sendiri'. Ada antara kita bekerja sampai lewat malam,ada yang keluar rumah anak-anak belum bangun tidur, balik rumah anak-anak dah tidur. Kenapa semua ni berlaku dalam kehidupan kita??? Untuk cover perbelanjaan bulanan,  bagi kesenangan pada keluarga, menampung pelajaran anak-anak dan macam-macam lagi. Namun begitu, dimana masa kita bersama keluarga, bersama anak-anak? Jangan kerana terlalu mengejar kesenangan kita semua leka akan tanggungjawab hakiki kita...Jangan sampai anak-anak lupa siapa ibu bapa mereka. Janganlah terlalu mengejar harta, kerana mungkin akan menjadi asbab kita lupa padaNYA. Sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan hargailah apa yang kita miliki sebelum kita kehilangannya. Harta bukan penentu segalanya. Wallahhualam
*tak salah kita bekerja kuat, tapi kena pandai bahagikan masa dengan keluarga. Sebab tu, sekarang ramai yang bekerja dari rumah.
(mengalu-alukan pendapat dari anda semua untuk kita kongsi bersama)

INDAHNYA BAHASA

"Tidak Ada Bahaya Peribadi Melainkan Malas. Tidak Ada Ketinggian Peribadi Melainkan Rajin"
-Peribahasa Tibet-


"Coretkan Kegagalan Pada Pasir, Pahatkan Kejayaan Pada Marmar"
-Thomas Edison-


*Renung2kan lah...

Isnin, 25 April 2011

"Manusia Patut Menjadi Tuan Kepada Jam dan Harinya, Bukan Sebagai Hamba Sahaya"
-William Mcfee-

RUTIN WAJIB

Jam6 pagi...kebanyakan dari kita semua sudah pun membuka mata mengucap SYUKUR pada penciptaNya kerana masih diberi izin untuk meneruskan hidup sebagai Khalifah Mu Ya Allah.
Inilah Rutin yang Wajib dilakukan oleh setiap dari kita, mempersiapkan diri untuk mengadap Illahi membersihkan jiwa dari dosa & noda, memohon petunjuk di beri keberkatan dalam meneruskan kehidupan & pekerjaan harian.

PROGRAM MINDA / CUCI MINDA

"Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati 'Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.' Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya."
Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur. -dipetik dari artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Ada sesetengah daripada kita suka berangan sebelum tidur, ada yang mendengar mp3, ada yang membaca novel supaya mata senang nak lelap. Mungkin ini menjadi asbab diri kita menjadi lesu, berfikiran negatif, tidak bersemangat untuk melakukan pekerjaan harian. Inilah yang dikatakan kehidupan. Mungkin bermula dari hari ini, kita boleh amalkan apa yang dikongsi oleh Dr Fadzilah Kamsah. InsyaAllah dengan izinNya jua.

MASA

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Dalam Kerugian"
Surah al-Asr