بسم الله الرحمن الرحيم

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t" ucaplah بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat

Rabu, 27 April 2011

INDAHNYA PERSAHABATAN

Assalamualaikum…
Hidup kita sentiasa dikelilingi oleh kawan atau sahabat. Pastinya setiap dari kita mempunyai kawan karib, sahabat setia, or best friend forever. Ada yang bertanya,apa beza antara Sahabat dan Kawan? Pada saya, Kawan dan Sahabat satu benda yang berbeza. Kawan memang mudah untuk kita temui, tapi Sahabat cukup susah untuk ketemu…1 dalam Seribu pun belum pasti kita jumpa. Kenapa??? Sahabat akan sentiasa bersama dengan kita tak kira kita susah atau senang. Sahabat tetap akan memberi semangat pada kita untuk meneruskan kehidupan. Tetapi, kawan hanya akan hadir bila kita senang dan bila mereka rasa kita dah tak diperlukan pasti kita akan ditinggalkan. Bagi saya, janganlah mudah menggangap kawan yang dikeliling kita itu adalah sahabat. Ambil masa untuk mengenali isi hati mereka. Saya berdoa, supaya saya dianggap sahabat oleh sahabat saya dan moga saya akan sentiasa bersama sahabat saya walau susah atau senang.
Namun begitu, hari ini saya cukup gembira kerana saya dah pun kembali berhubung ‘contact’ dengan kawan yang boleh saya panggil sahabat yang dah lama menyepi. Alhamdulillah…walaupun hanya berhubung melalui telefon kami masih seperti dulu. Tidak segan walaupun dah lama tak berhubung.  Saya berdoa moga kami akan kembali seperti dulu. InsyaAllah!!! Orang tua berpesan, buang yang keruh ambil yang jernih.  “Bak Usia Yang Berubah, Manusia Pun Perlu Berubah-Ida Munira”. Sampai bila mahu bermusuhan??? Kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Ingatlah persahabatan yang terjalin cukup indah.
“Mengeratkan Hubungan Sesama Manusia Seperti Membahagiakan Keluarga  Sendiri-Ida Munira”


*sekadar ingin berkongsi ;)


SEBAIK – BAIK KAWAN ADALAH ORANG YANG
MEMERHATIKAN KEPENTINGANMU , BUKAN KERANA
KEPENTINGAN YANG DIHARAPKAN DARIPADAMU UNTUK
DIRINYA .

Sebaik-baik Sahabat Itu Ialah Orang Yang Tidak Pernah Berubah Kebaikannya, Meskipun Zaman Terus Berubah.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan